LOKASI & ALAMAT


PUSAT BEKAM & TERAPI JAMILLAH PADZI :
Bekam & Refleksologi.
Jalan Lapangan Terbang, Sura Hujung,
23000 Dungun Terengganu.
( Laluan menuju ke UiTM Dungun ) 019 349 8545 - En Fauzi / 011 11431545 - Pn Jamillah

Bekam @ Perubatan Moden

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh rasulullah saw untuk umat islam sejagat.  Tujuan utama bekam adalah untuk membuang darah kotor yang mengandungi banyak toksin ( racun ) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.  Inilah yang menjadi punca  segala penyakit kepada manusia hari ini.  Bekam boleh dikatakan satu cara ' detoksifikasi ' yang sangat sesuai dan selamat kepada manusia.

Sabda rasulullah saw yang membawa maksud :-

" barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah swt "

" Sebaik-baik perubatan bagi kalian adalah hijamah ( berbekam ) "

( Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a ).

     Apabila dibandingkan dengan pengubatan moden yang memakai ubat-ubatan sintetik serta pembedahan yang memerlukan belanja mahal.  Akan tetapi dengan kaedah rawatan bekam, ianya adalah lebih praktis, tanpa kesan sampingan, murah dan boleh mengatasi banyak penyakit yang tidak boleh ditangani oleh kedoktoran moden.

Kisra pernah bertanya kepada tabib Arab, Harits bin Kaldah..." Apa pendapat kamu tentang ubat ? " Dia menjawab..." Hindarilah ubat !!! "

     Allah swt Maha Agung, ini sungguh merupakan nasihat berharga, kerana kenyataan dan ilmu pengetahuan membuktikan bahawa salah satu penyebab banyaknya penyakit di tengah-tengah masyarakat kini adalah kerana banyaknya penggunaan ubat.

      Imam Ja'far Shadiq r.a pernah berkata..." Hindarilah ubat, selama badan kamu mampu menanggung penyakit ".

                                                                                                                    ( Hal.52, Kitab at-Thibb ).

      Perhatikan dan manfaatkanlah nasihat berharga ini, semoga Allah swt merahmati anda.  Harith menasihatkan agar dalam keadaan sihat anda menghindari ubat.  Sedangkan Ja'far Shadiq menasihatkan agar menghindari ubat, sekalipun anda sedang sakit, selama anda mampu menanggung penyakit itu.

      Perhatikan, bahawa keduanya waktu itu berbicara tentang ubat-ubatan yang ada pada zaman mereka berdua, yang pada umumnya merupakan ubat sederhana dari rumput, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan makanan, dan bukannya ubat-ubatan campuran yang mengerikan semacam ubat-ubat kimia, atom, serta pembedahan yang merbahaya dan rumit seperti yang banyak digunakan di zaman sekarang.  Kita memohon kesejahteraan dan kesihatan dari Allah swt untuk saya dan juga kepada anda semua sebagai makhlukNya di dunia ini.

Wallahua'alam.